NASI BUKIT PADANG JAWA

Assalammualaikum


Happy weekend you all. Harini Sha pergi beli tong biru besar dekat Padang Jawa. Husband Sha nak buat tanam pokok durian depan rumah. hehe.. Lepastu Sha shopping barang dapur dekat Mydin Padang Jawa Shah Alam. So alang-alang dah kat sana tu Sha cari la tempat makan sekali. 

Apa lagi, start la menggunakan perkhidmatan Mr Google untuk cari tempat makan yang best kat sini. Di sebabkan perut dah lapar tahap maksima, Sha cari la restoran yang portion makanan die besar dan banyak.

Ok, dapat dah tempat yang memenuhi kriteria Sha. Sampai la dekat Restoran Nasi Bukit Padang Jawa. Restoran ni dekat tepi jalan je. Ni alamat nya 

22 Jalan Mat Raji Taman Baru 40200 Shah Alam Selangor

Banyak jugak menu yang di sediakan. Antaranya kambing bakar, ayam penyet, nasi ayam, chicken chop, pelbagai nasi goreng dan mee goreng. Tom yum, sup dan banyak lagi la. Korang kne singgah sini try okey!

Belek punya belek Sha dan husband order la nasi goreng daging merah, nasi goreng kampung, tom yum campur dengan air kelapa gelas besar. Order macam biasa slalu makan dekat kedai. Sekali dapat order mak ai, banyak giler wei. Ni kalau habiskan 3 hari boleh kenyang. haha. Last-last kitorg makan separuh je. Separuh lagi kasi tapau bawak balik. Lepasni klu nak makan sini kene ambil satu je makanan share bedua. Serius banyak oi.. Memang sesuai dengan gelaran nasi bukit tu.







Rasa makanan not bad la. sesuai dengan tekak Sha dan husband. Cuma bagi Sha tempat dan persekitaran tak berapa nak selesa. First sebab parking susah sikit. and second kedai ni betul-betul dekat tepi jalan. So, korang faham-faham sendirilah kalau tepi jalan ni macam mana kan.

Tapi over all Sha berpuas hati dengan makanan hari ini. Nyummy.. Ok lah, perut dah kenyang, mata dah mengantuk so marilah kita tido... 

Good night semua




Comments