KLINIK KESIHATAN SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Assalammualaikum

Harini Sha annual leave. Cadangnya nak settle semua hal yang tertunggak. Ok, first skali settle urusan bank. Sekejap pulak urusan harini. Sementara tunggu encik suami solat jumaat, Sha pusing pusing la area bazar seksyen 7 ni. Biasalah dekat dekat nak raya ni memang semua kedai adakan sales.

Sha tersinggah la dekat Jakel Shah alam. Sampai je langkah kana sebab tengah waktu happy hour. baju kurung dan jubah 2 RM100 tau. Tapi sha x beli sebab sebelum bulan puasa haritu dah borong baju raya. So harini Sha cari kain langsir je la..

Sebabkan masa banyak lagi, Sha ajak husband buat check up dekat klinik seksyen 7. rutin chek up. nak cek kandungan gula, darah semua. Alhamdulillah masih baik baik lagi. Urusan dekat klinik pun senang. Walaupun orang ramai tapi sistem tersusun. Tak delah nak tunggu lama sangat. Siap dapat bubur lambuk dengan air free lagi tau. Terima kasih staff hospital seksyen 7 shah alam.


Kesimpulannya jagalah kesihatan kita. dan selalulah buat medical check up. Kita ni luaran je nampak sihat, dalaman tak tau lagi. Jagalah kesihatan kita. Eh, terpanjang pulak. 

Ok la, sha nak carik tempat berbuka pulak. Tak tau nak makan ape pulak harini. 

Comments